Tuesday, December 22, 2009

Ketagihan Internet

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Allahamdulillah. Walaupun agak stress dengan timbunan assignment yang perlu segera diselesaikan, namun sempat juga sitie mengupdate blog ini. Agak ringkas. Walau bagaimanapun diharapkan sedikit sebanyak menjadi renungan bersama.


Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

1. Ketagihan mendapatkan maklumat Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.

2. Ketagihan menggunakan komputer Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.

3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.

4. Ketagihan hubungan siber Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.

5. Ketagihan Seksual siber Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.

Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan

• Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya

• Merasa gelisah atau tidak ketentuan sekiranya tidak dapat menggunakan internet.

• Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet, walaupun telah menggunakannya untuk tempoh masa yang begitu lama.

• Mengalami gangguan psikomotor. Misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.


Hehe3...kategori manakah anda???
Ingat pornografi adalah haram di sisi agama Islam!!
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang diberkati dan dijauhi daripada godaan-godaan syaitan. Insyaallah.

No comments: