Sunday, January 24, 2010

Adat Resam Melayu (Kelahiran)

Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.

Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu:-
1. Adat resam kelahiran
2. Adat resam perkahwinan
3. Adat resam kematian


Adat resam Kelahiran

Pengenalan

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, asyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

a) Sewaktu mengandung

Melenggang Perut













Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.

Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk:-
1. Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
2. Segantang beras
3. Sebiji kelapa
4. Beberapa urat benang mentah
5. Damar
6. Minyak kelapa atau minyak urut
7. Lilin
8. Tepak sirih yang lengkap isinya
9. Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.

Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.


b) Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau.

Mengikut kepercayaan, daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

Potong tali pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

Azan/Qamat







Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.

Membelah Mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.


Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari. Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.

Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.


c) Selepas lahir

Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
• Nasi kunyit dan lauk-lauk
• Seekor ayam hidup
• Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
• Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian
















Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.

Memberi Nama

Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.


Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
1. Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
2. Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.

Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih.

Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup.

Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.


Naik Buai

Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.

Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.


Jejak Tanah/Turun Tanah









Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.









Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.

Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Saturday, January 23, 2010

Perlembagaan Persekutuan 2

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Suruhanjaya ini dianggotai oleh Lord Reid sebagai Pengerusi, Sir Ivor Jennings, Master of Trinity Hall, Cambridge Sir William Mc Kell, bekas Gabenor General Australia, B. Malik, bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad dan Hakim Abd Hamid, Mahkamah Tinggi Persekutuan. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".


Rujukan:
Ahmad, Zainon & Phang, Llew-Ann (Oct. 1, 2005). The all-powerful executive. The Sun.
Ruzian Markom. 2003. Apa Itu Undang-Undang Islam. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

SmileySmileySmiley

Perlembagaan Persekutuan

Berikut adalah teks penuh bagi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, mengandungi pindaan terkini Akta 1260/2006.

• Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
• Bahagian II - Kebebasan Asasi
• Bahagian III - Kewarganegaraan
• Bahagian IV - Persekutuan
• Bahagian V - Negeri-Negeri
• Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
• Bahagian VII - Peruntukan Kewangan
• Bahagian VIII - Pilihan Raya
• Bahagian IX - Badan Kehakiman
• Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
• Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
• Bahagian XII - Am dan Pelbagai
• Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
• Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan
• Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja

• Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
• Jadual-Jadual
• Senarai Pindaan
• Senarai Perkara yang Dipinda


Wednesday, January 6, 2010

Tahun Baru

Assalamualaikum......

Dah enam hari masuk tahun baru. Permulaan tahun nie sitie x rasa sangat. maklumlah sibuk nga assignment. Allhamdulillah malam tadi sitie akhirnya berjaya buat mikro teaching...seronok sangat. Lecturer tak banyak komen. Dia cakap ok jea. Kawan2 cakap cikgu sitie comel. hahaha...sitie sememangnya comel setiap masa. Allahamdulillah satu assignment dah siap. Yang lain-lain in progresss....

Tapi hari nie sitie sedih sangat. Kesihatan sitie tak berapa ok kebelakangan nie.. Malam tadi selepas balik dari kuliah, sitie seach berkaitan penyakit tu..memang sah sitie dah ada simpton2nya. Semua perasaan bercampur bau sekarang. Insyallah hari jumaat nie sitie nak buat medical checkup. Sitie berharap sangat segala jangkaan sitie selama nie meleset.


Sememang yea tahun 2008 banyak meninggalkan seribu satu pengalaman buat sitie. Awal 2008 sitie masih lagi mengikuti program di J@sper. Selepas tu sitie menduduki exam SCJP dan SCWCD. Bukan senang nak mengikuti kursus Sun Microsystem nie terutama bagi orang cam sitie yang sebelum nie buta programming. Tapi Allhamdullilah sitie lulus dengan cemerlang.

Sementara tu satu lagi kursus yang banyak meninggalkan kesan di hati nie ialah Dale Carnegie Generation. Net. Beruntung sungguh dapat mengikuti kursus nie..sedikit sebanyak membantu meningkatkan pr sitie. Kursus nie pun dari luar jgk. Dale Carnegie Inc. Selain itu, pengalaman sitie jadi Environmental Officer kat Surawaki Environmental Sdn. Bhd. Kat situ pun banyak pengalaman yang sitie dapat. Semuanya jadi sesuatu yang sukar untuk dilupakan.

Pastu 2009 juga, sitie dapat tawaran mengikuti DPLI tajaan KPM. Kat UPSI. Pada mula yea berat sangat nak tinggalkan kerjaya sitie sebagai EO nie. Tapi bila dah difikir-fikir sedalam-dalamnya. Sitie buat keputusan untuk terima tawaran tu dan sambung belajar. Alhamdullillah. Sitie rasa keputusan sitie dapat mengembirakan hati mak sitie. dan sampai sekarang sitie tak rasa menyesal pun. Mungkin berkat ikut cakap mak kot.hehehe

Harapan sitie untuk 2010 nie.
Pertama : More kepada pembangunan kerjaya. Kenapa? Sebabnya sitie kan baru berjinak-jinak dalam profesion keguruan nie. so kena lah berusaha sikit. Target sitie 2010 sitie dapat jadi Ketua Bidang PSK. kiranya akhir 2010 dah jadi ketua bidang psk la. Insyallah.


Kedua : semestinya lah nak pastikan hutang ptptn berkurangan. kalau boleh sitie nak selesaikan 1/4 daripada hutang sitie. termasuk kp sekali. Insyallah boleh.

ketiga : sitie nak pastikan duit simpanan sitie mencapai sasaran yang dh ditetapkan. hahaha...

keempat : sitie nak tingkatkan amal ibadat. kalau ada rezeki lebih nak buat umrah. tapi siapa plak nak temankan sitie ek.

Semoga semua nie jadi kenyataan.amin.

Monday, December 28, 2009

TQ mom !!

Assalamualaikum..........

Allhamdulillah...
Pukul 5.30 pagi tadi sitie selamat sampai di kota malim..Allhamdulillah perjalanan sitie dr k.terengganu ke tg. malim dilindungiNya. Pukul 5.45 pagi sitie online. check result. Allhamdulillah...segala usaha sitie selama ini tidak sia-sia. Bersyukur sangat-sangat. Maklumlah nie mungkin last sitie bergelar student so harapan sitie untuk result kali nie berbeza sedikit. Gembira sangat-sangat. Walaupun kerjaya sitie dah berubah 120% namun sitie yakin profession keguruan adalah rezeki yang tidak ternilai buat sitie. Terima kasih mak kerana dah bagi support yg tak berbelah bahgi!! i love u!!!!!

Tuesday, December 22, 2009

Ketagihan Internet

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Allahamdulillah. Walaupun agak stress dengan timbunan assignment yang perlu segera diselesaikan, namun sempat juga sitie mengupdate blog ini. Agak ringkas. Walau bagaimanapun diharapkan sedikit sebanyak menjadi renungan bersama.


Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

1. Ketagihan mendapatkan maklumat Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.

2. Ketagihan menggunakan komputer Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.

3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.

4. Ketagihan hubungan siber Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.

5. Ketagihan Seksual siber Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.

Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan

• Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya

• Merasa gelisah atau tidak ketentuan sekiranya tidak dapat menggunakan internet.

• Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet, walaupun telah menggunakannya untuk tempoh masa yang begitu lama.

• Mengalami gangguan psikomotor. Misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.


Hehe3...kategori manakah anda???
Ingat pornografi adalah haram di sisi agama Islam!!
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang diberkati dan dijauhi daripada godaan-godaan syaitan. Insyaallah.

Wednesday, December 16, 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai

Perjuangan Yang Belum Selesai

Tugas kita belum selesai
bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini
pasti semakin berliku
kerana masa depan
belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya




Tuesday, December 15, 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".


Sunday, December 13, 2009

Kanser Payudara dan Deodorant

Assalamualaikum....

Mengapa bahagian ketiak adalah tempat dimana perkembangan kanser payudara sering terjadi?


Aluminium Chlorhydrate, untuk selanjutnya saya singkat menjadi AC. AC terdapat dalam Nivea Deodorant sensitive without alcohol dan juga dalam Dove Deodorant Silk Dry (tutup emas), tidak didalam Dove fresh touch, juga rexona men xtreme.

Penyebab utama untuk kanser payudara adalah kerana pemakaian produk2 ANTI-TRANSPIRANTION (anti peluh). Kebanyakan produk yang ada dipasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant. Produk Deodorant sendiri tidak berbahaya.

Mohon periksa bahan2 apa saja yang tertera dilabel produk2 deodorant anti-peluh anda dirumah! Jika mengandung AC, SEGERA BUANGLAH, seperti. Rexona dan Dove Deodorant. Cuba menggunakan produk lain yang tidak mengandung bahan AC ini. Biar mahal sedikit asal tidak mudarat kpd kesihatan kita.

Alasannya adalah sederhana: Hanya beberapa bahagian dari tubuh kita yang dapat mengeleminasi zat2 racun, iaitu bagi belakang lutut, belakang kuping, diantara kaki dan ketiak. Zat2 racun ini dikeluarkan dalam bentuk peluh.

Produk2 anti-peluh mencegah peluh keluar. Dengan menggunakan deodorant anti-peluh, zat2 racun tadi tidak boleh dikeluarkan dari dalam tubuh, melainkan tertumpu di kelenjar peluh dibawah lengan. Asal kanser payudara kebanyakan ditemukan di area atas payudara.

Lelaki tidak sepeka wanita terhadap jenis penyakit ini. Meskipun lelaki menggunakan produk2 anti-peluh, bahan2 produk ini biasanya tinggal melekat dipermukaan ketiak dan tidak langsung masuk ke dalam kulit.

Kaum wanita yang setelah mencukur bulu ketiak dan terus menggunakan produk anti-peluh lebih banyak risikonya, kerana melalui luka2 kecil yg mungkin terjadi akibat mencukur bulu ketiak. Bahan2 kimia yang ada dalam produk anti-peluh boleh lebih cepat masuk kedalam tubuh.

Rupa-rupaanya setelah di periksa, saya pun memakai deodorant yg mempunyai AC. Nampaknya esok pagi adalah hari terakhir saya memakai deodorant ini. Walaupun kandungannya masih banyak tapi demi kesihatan dan kehidupan yang mendatang saya bertekad untuk membuangnya. Selepas ini, saya akan lebih berhati hati ketika memilih deodarant.

Insyallah...

SmileySmileySmiley

Thursday, December 10, 2009

Lagu Guru Malaysia

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

SmileySmiley

Smiley

Monday, December 7, 2009

UPSI

Assalamualaikum.....

SmileySmileySmiley

** Disebabkan ada dalam kalangan pembaca yang tidak fasih berbahasa Melayu dan untuk membantu mereka mempelajari Bahasa Ibunda ini, saya mengambil inisiatif mengarang cerita ini dalam perkataan yang betul. Maksudnya tiada loghat ataupun singkatan perkataan yang menyukarkan pemahaman mereka. Maka, karangan saya ini boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris mengikut kretiviti mereka.


Alhamdulillah...sudah 6 bulan saya berpijak di tanah pusaka UPSI ini. Walaupun pada 3 bulan pertama saya merasakan universiti ini agak ‘pelik’, namun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama merasai secebis tinggalan dan nastogia sejarah yang masih terpahat kukuh di tanah pusaka UPSI ini. Jadi, di kesempatan ini saya akan bercerita tentang sejarah UPSI berdasarkan pengetahuan dan pembacaan saya sebelum ini. Sebelum itu, berikut merupakan maklumat-maklumat yang mungkin berguna dan ada kaitan dengan sejarah yang akan saya ceritakan ini.


Nama : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lokasi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Batang Padang, Ulu Bernam, Perak
Perkhidmatan Pengangkutan terdekat : Stesen Bas Tanjung Malim (~10 minit)
Stesen Teksi Tanjung Malim (~10 minit)
Stesen KTM / Komuter (~5 minit)
Lokasi shoping yang terdekat : Pekan Tanjung Malim (~10minit)
Pasaraya yang popular di Tg. Malim : Grand Union
Tempoh Perjalanan Ke Kuala Lumpur : 1 jam sahaja (Bas – RM 7.00)
Komuter Tg. Malim – Rawang – KLCentral (RM 7.00 ~ 1 jam)
Perbanking terdekat (pekan) : BCB, BIMB, MayBank, Public Bank, EON Bank
Perkhimatan lain : Balai Polis Tg. Malim (~3 minit)
Balai Bomba Tg. Malim (~3 minit)
Pejabat Pos (~3 minit)
Medan Selera Tg. Malim (~3 minit)
Sungai Terdekat : Sungai Bernam (~3 minit)
Negeri Jiran : Selangor (~5minit)
Tempoh ke Proton City : disini terletak nyer dewan kuliah saya (~15 minit)
Tempoh ke Kota Malim Prima : disinilah saya menyewa (~15 minit)
Pengangkutan Popular Pelajar : Bas / basikal
Tambang ke Pekan : Prebet Sapu (RM 5.00)
Bas (Free)


**Note : ~ bermaksud approximately


Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar di tanah pusaka yang sama. Secara kronologi, perkembangan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah melalui 4 era, iaitu :
i) era Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) : 29 November 1922 - 1957
ii) era Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) : 1957 - 1987
iii) era Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) : 21 Februari 1987 – April 1997
iv) era Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) : 1 Mei 1997 – sekarang

Ketiga-tiga era SITC – MPSI - IPSI juga memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997. Ia adalah Universiti Pendidikan pertama negara ini dan juga merupakan institusi latihan perguruan tertua di negara ini.

Walaupun Universiti Pendidikan Sultan Idris (yang dikenali dengan nama singkatannya UPSI) boleh dianggap antara universiti termuda di negara ini apabila hanya bermula pada 1 Mei 1997, namun sejarah susur galur penubuhannya cukup lama, sejak 29 November 1922. Bertapa beruntungnya saya berada di tanah pusaka yang berusia 87 tahun ini. Penuh nostagial yang tersirat saya fikir!!

Peranan R.O Winstedt (Timbalan Pengarah Sekolah-Sekolah Melayu) tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab atau pusat bagi latihan perguruan paling tinggi khusus untuk orang-orang Melayu dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Selain itu, ia juga bagi menggantikan Kolej di Melaka dan di Matang yang ditutup. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.

Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak dan berteraskan kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan adalah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai. Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjung Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjung Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab.

Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan Baginda. Pesuruhjaya Tinggi British kemudiannya telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training College for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC. Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 – 1916. Tapak tanah seluas 64 hektar telah dibeli di Tanjung Malim dengan harga $49,000.00 dan kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda ala Gothic Zaman Pertengahan. Pada tahun 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya.

Pada 29 November 1922 SITC dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bermula 19 November 1922, pengambilan kumpulan pertama penuntut lelaki berjumlah 115 orang dilaksanakan. Beberapa hari selepas pendaftaran itu, sejumlah lima orang penuntut lagi diterima masuk yang membawa jumlah keseluruhannya 120 orang sebagai permulaan untuk mengikuti kursus selama 3 tahun dan mula beroperasi pada 23 November 1922. Kumpulan pertama guru pelatih (penuntut) ini sebenarnya terdiri daripada 70 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka dan 50 orang lagi dari Maktab Perguruan Matang.

Jumlah tenaga pengajarnya pula terdiri daripada 4 orang berbangsa Eropah, 7 orang guru Melayu, seorang guru anyaman dari Manila dan seorang guru Qur’an dari Matang. Mereka ialah O.T. Dussek, W.R. Holgate, W.B. O’Sullivan, D.H. Gris, Mohammad Hashim, Noordin, Ibrahim, Abdul Rahman, Hanafiah, Mohamad Said, Abdul Hadi, Mr. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (Qur’an). O.T. Dussek dilantik sebagai Pengetua SITC yang pertama (1922 – 1936). Beliau banyak membentuk dan memungkinkan perkembangan golongan intelek asli atau anak negeri. Bahkan beliau pernah membayangkan SITC yang bakal ditubuhkan itu sebagai "sebuah Universiti Anak Negeri Dalam Kandungan".

Dan yang terpenting, O. T. Dussek berusaha keras agar “SITC hanya dikhususkan untuk melatih bakal guru daripada kaum Melayu (termasuk dari Singapura, Sumatera dan Brunei) dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja.” Dan dapat dilihat bahawa dasar O. T. Dussek tersebut dipertahan oleh tenaga pengajar dan pengetua Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad (Pendita Za’ba) dan aktivis penuntut Melayu ketika itu, antaranya Ibrahim Yaakob, Tun Abdul Ghaffar Baba dan Buyung Adil. Pada tahun 1923 jumlah tenaga pengajar bertambah. Pertambahan ini melibatkan 10 orang guru berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Filipina. Guru-guru ini pada asalnya merupakan tenaga pengajar dari Maktab Perguruan Matang yang telah ditutup dan sebahagiannya dari Maktab Perguruan Melaka.

Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru untuk sekolah-sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat digunakan sebagai tenaga pekerja mereka. SITC berkembang pantas. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan Intelektual Melayu dengan guru-guru pelatih yang datang dari segenap pelosok Semenanjung. Malahan, guru-guru pelatih tersebut tidak terbatas kepada orang-orang Melayu di Tanah Melayu sahaja malah meluas hingga ke Brunei, Borneo dan Singapura. Pertemuan guru-guru pelatih Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Sir Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut manandakan hari bersejarah bagi orang-orang Melayu kerana ia (Penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam perkembangan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang-orag Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tiada tolok bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu. Kurikulum latihan perguruan di SITC tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di samping kraf tangan dan pertanian. Sejak ditubuhkan, institusi ini terus unggul berbakti kepada bangsa dan negara. Ia disifatkan seagai ‘universiti’ yang unggul bagi melatih guru-guru Melayu.

Pada bulan Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58 orang. Jumlah guru pelatih yang dikeluarkan semakin meningkat dari setahun ke setahun. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang Mengarang menjadi lidah pengungkap yang memanjang dan meninggikan bahasa ibunda. Usaha ini berkembang subur di tangan Bapa Bahasa Melayu Moden, Pendeta Za’ba. Pejabat Karang Mengarang terus dikembangkan fungsi hingga berjaya menebitkan banyak buku, majalah dan risalah. Antara terbitan terkenal, Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa, karangan Za’ba. Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan Malaysia (1984-1989), beliau pernah mengingatkan agar “roh” Pejabat Karang Mengarang terus disuburkan dalam usaha mengembangkan dan memasyarakatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa penghantar ilmu/pendidikan, bahasa komunikasi dan bahasa pentadbiran negara Malaysia.

Semasa Perang Dunia Kedua, SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan kemudiannya setelah tentera British berundur, ianya telah dijadikan Markas Tentera Jepun. Para penuntutnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabila perang mula merebak, mereka diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Selepas perang, SITC dibuka semula, kali ini dengan para penuntut yang lebih bersemangat. Semangat kebangsaan mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak mereka sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya, sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya. Menjelang Kemerdekaan 1957, SITC telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengisi ruang kemerdekaan.

Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Langkah ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak dimana MPSI ditubuhkan khusus untuk melatih guru-guru sekolah rendah. Dari tarikh ini bermulalah era MPSI yang membawa wajah, watak dan keperibadian Melayu, apabila pentadbiran SITC yang selama ini diketuai orang-orang Eropah beralih tangan kepada cendekiawan Melayu. Zainal Abidin Ali merupakan anak tempatan pertama yang telah dilantik sebagai Pengetua SITC pada tahun 1958. Banyak subjek baru diperkenalkan manakala tempoh latihan dipanjangkan daripada 3 kepada 5 tahun.

Meskipun berubah pada nama, namun tradisi SITC menjadi akar yang menumbuhkan kecemerlangan institusi ini dalam era MPSI dan era-era seterusnya. Peranan MPSI tidak setakat melatih dan mendidik bakal guru, namun menjadi medan pengungkap bicara dan suara hati para cerdik pandai dan nasionalis Melayu. Pembinaan bahasa Melayu sebagai satu korpus dikukuhkan lagi dengan kemunculan tradisi penulisan kreatif dalam kalangan guru pelatih dan tenaga pengajar. Tradisi ini sudah bermula dalam era SITC di tangan Aminurrasyid dan Punggok, tetapi berkembang luas dalam era MPSI. Pada waktu inilah munculnya beberapa tokoh besar penyair, cerpenis dan novelis Melayu. Antaranya ialah A. Wahab Ali, Ali Majod, Kasmani Haji Arif, Awang Had Salleh, Hassan Ali, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Haji Muhammad, Shahnon Ahmad, Suratman Markasan, Masuri S.N. dan Yura Halim. Selain itu, SITC turut melahirkan tokoh dalam bidang pendidikan seperti Tan Sri Awang Had Salleh serta pemimpin politik iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisi, setelah 53 tahun dihuni oleh penuntut lelaki sahaja, kini mula menerima 140 orang penuntut perempuan, iaitu diawali dengan penyerapan sekumpulan penuntut perempuan daripada Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Perkembangan baru ini mewujudkan senario dalam tradisi MPSI. Meskipun penuntut perempuan diterima masuk, namun MPSI terus ke depan sebagai sebuah institusi perguruan yang cemerlang dan terunggul di negara ini tanpa membezakan taraf dan jantina.

Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Era IPSI merupakan satu zaman mencabar, kerana kedudukannya sebagai sebuah institusi bukan hanya meninggikan nama semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak bangsa dan masyarakat Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-benar menjadi tunggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya orang-orang Melayu. Justeru, IPSI mengorak langkah panjang dengan memperkenalkan pelbagai rancangan. Kedudukan tarafnya lebih tinggi berbanding maktab-maktab perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Diploma Keguruan, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) pada tahun 1987 dan Kursus Sijil Lanjutan Perguruan bermula tahun 1988. Pada tahun 1993 Kursus Kembaran dengan Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) pula diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani.

Peranan SITC dan MPSI telah diperkasakan dalam era IPSI menerusi rangkaian kerjasama pengajian yang diadakan dengan pihak-pihak lain di luar IPSI. Ruang lingkup dan sempadan jangkauan IPSI merentas tembok itu sendiri. IPSI bergerak seiring dengan kemajuan institusi-institusi pengajian tinggi lain dalam konteks merealisasikan matlamat kerajaan untuk menghasilkan tenaga pengajar yang berwibawa dan bermanfaat demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Peranan IPSI berterusan hingga ke tahun 1993 apabila pada masa itu sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu, iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.

Genap usia 10 tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah yang penuh bergaya apabila Institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti bermula 1 Mei 1997 iaitu diganti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris selaras dengan matlamat kerajaan untuk memastikan semua guru di sekolah rendah dan menengah mempunyai ijazah. Ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau kemudian membuat pengumuman agar UPSI dibuka seluas-luasnya untuk kaum bukan Melayu/Bumiputera. Malahan, setahun kemudian, di UPSI tenaga pengajar daripada kaum Cina dan India dilihat semakin bertambah bilangannya. Kini, di UPSI, baik penuntut mahupun tenaga pengajar daripada kaum Cina dan India (termasuk yang bertaraf Profesor) semakin bertambah. May be this is the meaning of 1Malaysia. No Komen about this!!!! I should be get the percentage of race first!!!.

Teras utama (core business) Universiti ini adalah berlandaskan bidang pedagogi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat dalam pelbagai disiplin. Semasa kelulusan penubuhan UPSI, pihak kabinet telah meluluskan 4 buah fakulti asas sebagai permulaan untuk pengoperasian universiti ini dan kini bagi membantu Kementerian Pelajaran (KPM) melahirkan tenaga guru berkualiti, UPSI menggerakkan 8 fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Seni dan Muzik, Fakulti Bahasa, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Fakulti Sains Sukan dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (this is my faculty!!) yang menawarkan program ijazah pertama, ijazah sarjana dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan. Selain itu, UPSI turut menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sepertimana yang saya ikuti sekarang.

Menjenguk ke dasar sejarahya, menyedarkan kita bahawa, perjalanan institusi ini adalah satu perjalanan sejarah yang panjang dan unik. Setiap era yang menjadi titik persinggahannya mencatat satu perubahan besar, dan perubahan inilah yang akhirnya menganjak paradigma masyarakat Melayu terhadap keunggulannya. Realiti kewujudannya sebagai sebuah universiti adalah satu manifestasi sejarah yang tidak boleh ditolak lagi.

Sememangnya tanah pusaka ini masih menyimpan sejarah besar dunia perguruan di negara ini. Lipatan sejarah ini masih terbela bersama bukti yang terpahat di sebalik cerita dan keagungannya seperti teguhnya Bangunan Suluh Budiman yang menyimpan seribu satu cerita peradaban melayu


Penuntut lelaki Sultan Idris Training College (SITC).
Komen saya : Saya rasa gambar ini diambil sekitar tahun 1920an tetapi bangunan yang melatarinya saya kurang pasti. Yang bertongkat itu mungkin pengetua (orang Melayu) manakala yang meriba anak kecil itu pula mungkin salah seorang daripada tenaga pengajarnya. Kesemuanya berkot, bertie dan bersongkok. Sememangnya, trend berpakaian ini sudah menular sebelum merdeka lagi. Wahai pejuang-pejuang bangsaku, terima kasih ku ucapkan. Semoga kalian dicucuhi rahmahNya. Insyallah....



Persembahan drama oleh Pelajar Sultan Idris Training College.
Komen Saya : Jangan keliru! Saya rasa yang berada ditengah2 bak puteri itu adalah lelaki memandangkan pada tahun 1931 penuntut perempuan masih belum ada di SITC. Pakaian perserta pada pendapat saya seperti pakaian yang dipakai dalam tarian orang portugis di Melaka (saya lupa nama tarian itu). Saya tak tahu dimana gambar ini diambil. Mungkin pentas ini dah tak ada sekarang. Pentasnya seperti dalam cerita P. Ramlee jea.


Universiti Pendidikan Sultan Idris dahulu sebagai Sultan Idris Training College di Tanjung Malim
Komen saya : Ini merupakan Bangunan Suluh Budiman yang siap dibina pada 1919. Bangunan ini merupakan salah satu bangunan yang telah disenaraikan di bawah kategori Tapak Warisan Kebudayaan. Bangunan ini telah dijadikan muzium. Saya belum berkesempatan lagi meneroka apa yang terkandung dalam muzium ini, memandangkan muzium ini masih dalam proses renovation sejak 2 – 3 bulan kebelakangan ini. Muzium ini masih tersegam indah, rekabentuknya masih sama. Malahan, tiang bendera masih berada pada posisi yang sama. Kelihatan terdapat bukit /gunung yang berada di sebalik bangunan ini. Gunung apakah itu? Terletak berhadapan dengan padang UPSI. Saya tidak pasti bila gambar ini dimbil. Pada ketika ini juga, sudah kelihatan kereta dan motosikal yang digunakan di SITC.



Persembahan gimnastik oleh Penuntut Sultan Idris Training College
Komen Saya : Gimnastik? Kelakar pun ada. Haha3.. Mungkin inilah gaya mereka bergimnastik pada ketika itu dan mungkin juga ini gaya yang menjadi johan pada ketika itu. Kenapa penuntut-penuntutnya saya lihat seperti budak sekolah sahaja? Bangunan yang kelihatan itu mungkin juga bangunan Anjung Seri Lanang. Bangunan tersebut masih ada hingga sekarang. Rekabentuk bangunan tersebut sungguh unik.

Insyalah pada kesempatan mendatang, saya akan membawa anda menyelusuri secebis sejarah UPSI yang masih tersegam indah untuk ikhtibar kita semua....


Free Smilies courtesy of www.GreenSmilies.com

Monday, November 23, 2009

Pengertian Blog!

Assalammualaikum..........
Hari nei aku nk kongsi sedikit info yang aku perolehi dari majalah Remaja dengan korang berkenaan ape itu blog dan pengertiannya. Well, merujuk kamus terkemuka dunia, Merriam-Webster Inc, blog bermaksud laman web yang bersifat personal online journal yang mengandungi refleksi, komen, pandangan dan ada kalenye hyperlink ke laman web yang berkaitan dengan komen atau pandangan yang diberikan. Tak paham? Hey! Owcay, blog jugak adlh ringkasan kepada istilah weblog atau lebih tepat weblog itu merujuk kepada proses merekod sesuatu ke dalam laman web.

Ade lagi satu istilah yang berkaitan ngan bolg, 'blogosphere' bermaksud himpunan weblog or sekelompok laman web yang berasaskan blog (blog related website). Selain itu, ada jugak istilah 'blogstrom', berlaku apabila banyak aktiviti, maklumat dan opinion bercampur aduk (erupts) pada ssuatu particular subject dlm blogoshere.

Well, istilah asal 'weblog' mula diperkenalkan oleh Jorn Barrer pada penghujung tahun 1997. Pastu diringkaskan menjadi 'Blog' oleh Meter Merholz sekitar tahun 1999. Dave Winer pulak telah mencipta satu teknik pemberitahuan setiap kali blog diupdate. Kalo korang nak tau, istilah weblog jugak diiktirafkn dan dimaksudkan ke dalam kamus tersohor dunia, Oxford English Dictionary pada awal tahun 2003. Kool isn't it?

Emm.......Blog neh ade banyak jenis kao korang nak tau. Berdasarkan wikipedia.org, ade sembilan jenis blog di internet iaitu:
  1. Personal
  2. Tropikal
  3. Thoughtful
  4. FriendBlog
  5. Kolaborasi
  6. Politik
  7. Direktori
  8. Korporat
  9. Format

Walaupun camtu, blog dari kategori Personal dan Politik ajer yang faymes kat internet. Yea, tengok ajer la kat Mblog, mostly blogger menjadikan blog diorang sebagai diary online diorang. Agak jarang la nak jumpe blog yang berkonsepkan dari kategori2 lain yang aku dah sebut tadi.

Hurmmm...Tak kira la ape pun konsep blog korang, yang penting korang berblogging la mengikut landasan yang betoi. Berblogging mengikut terma dan syarat yng sudah ditetapkan dan beretikalah dalam berblogging.

Happy blogging floks!


SmileysSmileysSmileys

Friday, November 6, 2009

My First Online Entry

Allhamdulillah.....
Thanks to God....

This will be my first entry into the world of blogging. Never really got into the habit of blogging before...I'm so excited to be writing for my blog because it means that everyone who's interested will get to come along with me for this brand new experience as well!!!....

I was trying to think of something cool that I could add to my blog and an online journal immediately came to mind! I’ll try to add a new entry every couple of weeks and more often if I can. I figure this will be a nice way to keep everyone updated on what’s going on in regular life, not just in the showbiz.InsyaAllah...

Also, I just want to say “THANK YOU!” to all of my fan/friends who always support and encourage me. It really means a lot to me, and I am very grateful.

Well, I’ll write again soon!

Thanks for reading....